GIATMARA Bandar Kuching

Teknologi Sistem Komputer | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Baram

Teknologi Automotif | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Batang Lupar

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Batang Sadong

Teknologi Automotif | Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Bintulu

Teknologi Automotif | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

GIATMARA Betong

Pendawai Elektrik | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Hulu Rejang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Igan

Pendawai Elektrik.

GIATMARA Julau

Teknologi Motosikal.

GIATMARA Kanowit

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Kapit

Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lanang

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lawas

Teknologi Automotif | Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Limbang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Lubok Antu

Teknologi Automotif | Fashionand Dressmaking | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Mambong

Teknologi Automotif | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mas Gading

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Miri

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mukah

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam

GIATMARA Petrajaya

Solekan dan Terapi Kecantikan | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Samarahan

Teknologi Motosikal | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Santubong

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan | Industrial Maintainance | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Saratok

Teknologi Automotif | Industrial Maintainance | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sarikei

Teknologi Automotif | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Selangau

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Serian

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sibu

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking

GIATMARA Sibuti

Teknologi Motosikal | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Sri Aman

Teknologi Sistem Komputer | Solekan dan Terapi Kecantikan.

GIATMARA Stampin

Masakan dan Pramusaji | Confectionery and Bakery | Fashion and Dressmaking | Teknologi Fotografi | Graphic Design and Advertising

GIATMARA Tanjung Manis

Fashion and Dressmaking | Teknologi Motosikal.

Sunday, December 5, 2010

Awal Muharram / Maal Hijrah



Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.



PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432.

Logo GIATMARA Malaysia

Logo GIATMARA Malaysia



Huraian Logo


Logo Gear
Merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang dinamik berada
di bawah naungan MARA


Perkataan GIATMARA


Melambangkan kegigihan dan kegagahan dalam melaksanakan segala aktiviti yang diamanahkan bagi membela masyarakat bumiputera



Tulisan Jawi

Melambangkan kesinambungan imej identiti kecemerlangan GIATMARA & ciri-ciri keIslaman


Warna Biru


Komited dan berwawasan sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta mertabat bangsa.


Warna Biru
Serba boleh dan berani mara ke hadapan untuk meneroka peluang -peluang baru


Warna Kuning

Murni dan berinisiatif selari dengan inspirasi MARA membela masyarakat bumiputera


Koleksi Logo GIATMARA

Penggunaan Logo GIATMARA kini diperlukan dalam setiap dokumen dan presentation powerpoint atau media ICT lain. Justeru, Mohd Khairul Azha, TP Teknologi Sistem Komputer telah menyediakan koleksi logo GIATMARA yang boleh dimuat-turun untuk digunapakai oleh semua. Fail digunakan dalam bentuk JPEG (Joint Photographic Experts Group) dan PNG (Portable Network Graphics).

Logo-logo ini terbahagi kepada 4 jenis logo:
  • Logo Latar Belakang Putih
  • Logo Latar Belakang Putih (Shadow&Glow)
  • Logo Lutsinar
  • Logo Lutsinar (Shadow&Glow)
Koleksi Logo GIATMARA Malaysia yang telah dijana semula untuk kemudahan semua warga kerja.


Contoh Logo White Background


Contoh Logo White Background with Glow & Shadow


Contoh Logo Transparent


Contoh Logo Transparent with Glow & Shadow

Anda boleh memuat turun logo-logo ini di sini:

Koleksi Logo GIATMARA

GIF pula adalah adalah Graphic Interchange Format mengandungi Imej bergerak yang boleh dimuatkan ke dalam powerpoint untuk tujuan persembahan.

Disini turut disediakan pelbagai jenis GIF Logo GIATMARA Malaysia.


Logo GIATMARA Bit


Logo GIATMARA Blinking

Logo GIATMARA Level Down



Logo GIATMARA Level Up


Logo GIATMARA Slide to Right


Logo GIATMARA Slide to Left


Logo GIATMARA Step


Logo GIATMARA Fade to Black


Logo GIATMARA Fade to White


Anda boleh memuat turun logo-logo ini di sini:

Koleksi GIF GIATMARA


Kesilapan Aturan Logo
Kebanyakkan pengguna gagal melakukan pembesaran dan pengecilan imej yang betul. Sekiranya proses resize tidak dilakukan dengan baik, betuk dan imej asal logo akan berubah. Walaupun saiz berubah, ratio logo tidak boleh berubah. Untuk ciri keselamatan dan dunia grafik, amalkan menekan butang SHIFT ketika resize imej. Kebanyakkan perisian Microsoft telah dijana sekiranya imej di ubah dari bucu, ianya tidak akan mengubah ratio tetapi sekiranya diubah dari sisi, ratio akan berubah.




Fail Logo GIATMARA (JPEG,PNG & GIF) telah dijana oleh
TP Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari.

Tuesday, November 30, 2010

Formula Pengiraan Skor 1-6 SPMa

Berikut adalah link untuk memuat turun fail Formula Pengiraan Skor 1-6 SPMa yang terkini setelah pembetulan formula oleh TP Mohd Khairul Azha Haji Azahari dari GM Sri Aman.


Pembetulan Format ini dilakukan bersama En. Mohd Faizal bin Che Amat dan En. Zulkefly dari UNQ. Format ini telah dipersetujui oleh pihak UNQ untuk digunapakai dalam Sistem Penilaian Kendiri di peringkat Pusat.

Nota:
Tarikh Akhir untuk penghantaran GM Sarawak adalah pada 21 Februari 2011.

Sunday, November 28, 2010

Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak Bil 3/2010



Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak akan diadakan pada 30 November 2010 hingga 2 Disember 2010. Diharapkan melalui mensyuarat kali ini mampu mencambahkan dan mempertingkatkan prestasi GIATMARA Negeri Sarawak.

Bengkel SPMa 2010



Bengkel SPMa
Tarikh : 29-30 November 2010
Tempat : Penview Hotel

Tuesday, November 23, 2010

Lawatan GCPA di Zon Tengah



Lawatan GCPA di Zon Tengah pada 22 Nov 2010 hingga 26 Nov 2010.


1. 22/11/10 (Isnin) - 8.00 am GM Sri Aman dan 2.00 pm GM Lubok Antu.
2. 23/11/10 (Selasa) - 8.00 am GM Betong dan 2.00 pm GM Saratok.
3. 24/11/10 (Rabu) - 8.00 am GM Tanjung Manis dan 2.00 pm GM Sarikei.
4. 25/11/10 (Khamis) - 8.00 am GM Kapit dan 2.00 pm GM Sibu
5. 26/11/10 (Jumaat) - 8.00 am GM Julau.

Seluruh Warga Kerja GIATMARA Sarawak mengalu-alukan kedatangan pihak verifikasi GCPA.

Wednesday, November 17, 2010

Ucapan Salam Aidiladha | Pengurus Negeri Sarawak



Assalamualaikum w.b.t

Semua Pengurusan Tertinggi &
Anggota GIATMARA Sarawak

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada esok hari ,
saya dan keluarga ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA


IBADAH Qurban Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”

Riwayat at- Tirmidzi

Huraian

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."


Semoga kita sama-sama berlatih berkorban apa sahaja kerana Allah S.W.T,

Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin



RAKAWI BIN NAWI
PGN
GIATMARA SARAWAK

Sunday, November 14, 2010

Salam Aidiladha 1431H



Seluruh Warga Kerja GIATMARA Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua!

Keputusan SUKMAS 2010






Berikut adalah keputusan penuh SUKMAS 2010 :

Badminton

Johan

GIATMARA

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

IKM Kuching

Sepaktakraw

Johan

GIATMARA

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

IKM Kuching

Ping Pong

Johan

MARA Negeri

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

IKM Kuching

Futsal

Johan

MRSM Betong

Naib Johan

IKM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Bola Jaring

Johan

MRSM Kuching

Naib Johan

MRSM Betong

Ketiga

IKM Kuching

Karom

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Dart

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

GIATMARA

Ketiga

MRSM Mukah

Petanque (Lelaki)

Johan

MRSM Kuching

Naib Johan

IKM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Petanque (Perempuan)

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Petanque (VIP)

Johan

MARA Negeri

Naib Johan

MRSM Betong

Ketiga

IKM Kuching

Bowling

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

MRSM Mukah

Golf Jemputan

Johan

En. Nik Mohd Fauzi

Naib Johan

En. Abd Aziz Baba

Ketiga

En. Norazmi Niamin

Secara keseluruhan GIATMARA Sarawak telah menduduki tempat ketiga daripada 6 pasukan yang bertanding.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Insyaallah tahun hadapan kita akan berjumpa lagi seterusnya terpilih untuk ke Sukan MARA Semalaysia.

Ribuan terima kasih kepada kesemua yang terlibat.


Ihsan En. Abdul Halem Serojai (Ketua Kontijen)

Wednesday, November 10, 2010

8th ASEAN Skills Competition 2010 Bangkok, Thailand



ASC 2010 akan diadakan di Bangkok, Thailand bermula dari 14 - 24 November 2010. Dalam pertandingan tersebut, kontigen Malaysia akan menghantar seramai 25 orang peserta dalam 18 bidang yang disertai.





Daripada 25 orang peserta negara, 6 orang daripadanya adalah dari pelatih GIATMARA iaitu :

1. Rahmadi bin Humaidi (Bricklaying) - GM Saratok
2. Nurul Hafeez bin Mohamad (Bricklaying) - GM Saratok
3. Abdul Halim bin Ahmad (Automobile Technology) - GM Batang Sadong
4. Edi Rahim bin Sulaiman (Wall & Floor Tiling) - GM Kimanis
5. Mohd Khairuddin bin Senik @ Sidek (Electrical Installation) - GM Setiu
6. Rica binti Razali (Beauty Therapy) - GM Ampang Jaya

Diharap agar seluruh anggota GIATMARA di Sarawak akan dapat mendoakan kejayaan pelatih kita untuk mendapat Pingat Emas bagi membolehkan mereka layak menyertai 41th World Skills Competition 2011 di London kelak selain mengharumkan nama GIATMARA Malaysia.



Untuk maklumat lanjut tentang 8th ASEAN Skills Competition 2010, layari web
http://www.thaiskills.com/asc2010

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites