GIATMARA Bandar Kuching

Teknologi Sistem Komputer | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Baram

Teknologi Automotif | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Batang Lupar

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Batang Sadong

Teknologi Automotif | Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Bintulu

Teknologi Automotif | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

GIATMARA Betong

Pendawai Elektrik | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Hulu Rejang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Igan

Pendawai Elektrik.

GIATMARA Julau

Teknologi Motosikal.

GIATMARA Kanowit

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Kapit

Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lanang

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lawas

Teknologi Automotif | Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Limbang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Lubok Antu

Teknologi Automotif | Fashionand Dressmaking | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Mambong

Teknologi Automotif | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mas Gading

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Miri

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mukah

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam

GIATMARA Petrajaya

Solekan dan Terapi Kecantikan | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Samarahan

Teknologi Motosikal | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Santubong

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan | Industrial Maintainance | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Saratok

Teknologi Automotif | Industrial Maintainance | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sarikei

Teknologi Automotif | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Selangau

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Serian

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sibu

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking

GIATMARA Sibuti

Teknologi Motosikal | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Sri Aman

Teknologi Sistem Komputer | Solekan dan Terapi Kecantikan.

GIATMARA Stampin

Masakan dan Pramusaji | Confectionery and Bakery | Fashion and Dressmaking | Teknologi Fotografi | Graphic Design and Advertising

GIATMARA Tanjung Manis

Fashion and Dressmaking | Teknologi Motosikal.

Tuesday, November 30, 2010

Formula Pengiraan Skor 1-6 SPMa

Berikut adalah link untuk memuat turun fail Formula Pengiraan Skor 1-6 SPMa yang terkini setelah pembetulan formula oleh TP Mohd Khairul Azha Haji Azahari dari GM Sri Aman.


Pembetulan Format ini dilakukan bersama En. Mohd Faizal bin Che Amat dan En. Zulkefly dari UNQ. Format ini telah dipersetujui oleh pihak UNQ untuk digunapakai dalam Sistem Penilaian Kendiri di peringkat Pusat.

Nota:
Tarikh Akhir untuk penghantaran GM Sarawak adalah pada 21 Februari 2011.

Sunday, November 28, 2010

Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak Bil 3/2010



Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak akan diadakan pada 30 November 2010 hingga 2 Disember 2010. Diharapkan melalui mensyuarat kali ini mampu mencambahkan dan mempertingkatkan prestasi GIATMARA Negeri Sarawak.

Bengkel SPMa 2010



Bengkel SPMa
Tarikh : 29-30 November 2010
Tempat : Penview Hotel

Tuesday, November 23, 2010

Lawatan GCPA di Zon Tengah



Lawatan GCPA di Zon Tengah pada 22 Nov 2010 hingga 26 Nov 2010.


1. 22/11/10 (Isnin) - 8.00 am GM Sri Aman dan 2.00 pm GM Lubok Antu.
2. 23/11/10 (Selasa) - 8.00 am GM Betong dan 2.00 pm GM Saratok.
3. 24/11/10 (Rabu) - 8.00 am GM Tanjung Manis dan 2.00 pm GM Sarikei.
4. 25/11/10 (Khamis) - 8.00 am GM Kapit dan 2.00 pm GM Sibu
5. 26/11/10 (Jumaat) - 8.00 am GM Julau.

Seluruh Warga Kerja GIATMARA Sarawak mengalu-alukan kedatangan pihak verifikasi GCPA.

Wednesday, November 17, 2010

Ucapan Salam Aidiladha | Pengurus Negeri Sarawak



Assalamualaikum w.b.t

Semua Pengurusan Tertinggi &
Anggota GIATMARA Sarawak

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada esok hari ,
saya dan keluarga ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA


IBADAH Qurban Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”

Riwayat at- Tirmidzi

Huraian

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."


Semoga kita sama-sama berlatih berkorban apa sahaja kerana Allah S.W.T,

Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin



RAKAWI BIN NAWI
PGN
GIATMARA SARAWAK

Sunday, November 14, 2010

Salam Aidiladha 1431H



Seluruh Warga Kerja GIATMARA Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua!

Keputusan SUKMAS 2010






Berikut adalah keputusan penuh SUKMAS 2010 :

Badminton

Johan

GIATMARA

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

IKM Kuching

Sepaktakraw

Johan

GIATMARA

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

IKM Kuching

Ping Pong

Johan

MARA Negeri

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

IKM Kuching

Futsal

Johan

MRSM Betong

Naib Johan

IKM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Bola Jaring

Johan

MRSM Kuching

Naib Johan

MRSM Betong

Ketiga

IKM Kuching

Karom

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Dart

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

GIATMARA

Ketiga

MRSM Mukah

Petanque (Lelaki)

Johan

MRSM Kuching

Naib Johan

IKM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Petanque (Perempuan)

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

GIATMARA

Petanque (VIP)

Johan

MARA Negeri

Naib Johan

MRSM Betong

Ketiga

IKM Kuching

Bowling

Johan

IKM Kuching

Naib Johan

MRSM Kuching

Ketiga

MRSM Mukah

Golf Jemputan

Johan

En. Nik Mohd Fauzi

Naib Johan

En. Abd Aziz Baba

Ketiga

En. Norazmi Niamin

Secara keseluruhan GIATMARA Sarawak telah menduduki tempat ketiga daripada 6 pasukan yang bertanding.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Insyaallah tahun hadapan kita akan berjumpa lagi seterusnya terpilih untuk ke Sukan MARA Semalaysia.

Ribuan terima kasih kepada kesemua yang terlibat.


Ihsan En. Abdul Halem Serojai (Ketua Kontijen)

Wednesday, November 10, 2010

8th ASEAN Skills Competition 2010 Bangkok, Thailand



ASC 2010 akan diadakan di Bangkok, Thailand bermula dari 14 - 24 November 2010. Dalam pertandingan tersebut, kontigen Malaysia akan menghantar seramai 25 orang peserta dalam 18 bidang yang disertai.





Daripada 25 orang peserta negara, 6 orang daripadanya adalah dari pelatih GIATMARA iaitu :

1. Rahmadi bin Humaidi (Bricklaying) - GM Saratok
2. Nurul Hafeez bin Mohamad (Bricklaying) - GM Saratok
3. Abdul Halim bin Ahmad (Automobile Technology) - GM Batang Sadong
4. Edi Rahim bin Sulaiman (Wall & Floor Tiling) - GM Kimanis
5. Mohd Khairuddin bin Senik @ Sidek (Electrical Installation) - GM Setiu
6. Rica binti Razali (Beauty Therapy) - GM Ampang Jaya

Diharap agar seluruh anggota GIATMARA di Sarawak akan dapat mendoakan kejayaan pelatih kita untuk mendapat Pingat Emas bagi membolehkan mereka layak menyertai 41th World Skills Competition 2011 di London kelak selain mengharumkan nama GIATMARA Malaysia.



Untuk maklumat lanjut tentang 8th ASEAN Skills Competition 2010, layari web
http://www.thaiskills.com/asc2010

Ekspo Usahawan Groom Big Peringkat Nasional 2010




Ekspo Usahawan Groom Big Peringkat Nasional 2010 akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 12, 13 dan 14 November 2010. Majlis Perasmian Ekspo Usahawan Groom Big Peringkat Nasional 2010 akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri pada 12 November 2010 bertempat di Ruang Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya.

Ekspo yang bertemakan “Transformasi Usahawan Berdaya Saing” ini adalah terbuka kepada orang ramai dan pembeli perdagangan dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam (Jumaat – Ahad).

Tuesday, November 9, 2010

Temuduga GIATMARA Sarawak




Sesi temuduga akan diadakan pada 10 & 11 November di Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak. Pihak GM Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang telah terpilih. Kepada yang tidak terpilih, diharapkan jangan berputus asa dan cuba lagi untuk peluang yang akan datang..

Monday, November 8, 2010

Sekitar SUKMAS 2010

Berikut merupakan shot-shot sepanjang SUKMAS 2010. Laporan dan foto seterusnya akan menyusul kemudian.
































Thursday, November 4, 2010

Cabaran SUKMAS 2010



Cabaran SUKMAS 2010

Venue:
IKM Kuching

Tarikh:
5-7 November 2010

Sukan MARA Sarawak atau SUKMAS adalah temasya sukan dan permainan tahunan yang dianjurkan untuk kakitangan MARA dari setiap MRSM, IKM, Pejabat MARA Negeri & Daerah serta Pusat Giat MARA yang terdapat dalam negeri Sarawak. Sebanyak 9 (Sembilan) acara yang akan dijalankan seperti :
  • Badminton (Berpasukan)
  • Dart (Berpasukan)
  • Ping Pong (Berpasukan)
  • Bola Jaring
  • Futsal
  • Karom (Berpasukan)
  • Petanque (Berpasukan)
  • Sepak Takraw Antara Regu
  • Bowling (Berpasukan).
Temasya pada kali ini akan diserikan dengan acara jemputan VIP iaitu Petanque Berpasukan serta Golf Jemputan dari kalangan pemain golf dari seluruh pusat MARA di Semenanjung. Sabah serta Sarawak.

Temasya yang julung-julung kali diadakan ini telah mula diadakan pada tahun 2009 yang dikelola dengan jayanya oleh MRSM Kuching. Giliran untuk pengelolaan temasya bagi tahun 2010 telah dipertanggungjawabkan kepada MRSM Betong. Namun, atas sebab-sebab tertentu, ianya tidak dapat dilaksanakan dan pihak IKM Kuching sanggup untuk meneruskan penganjuran sukan tahun ini. Pada temasya tahun ini juga, MRSM Mukah buat pertama kalinya menyertai SUKMAS.

Kontingen/ pasukan yang akan turut serta dalam penganjuran SUKMAS 2010 adalah seperti berikut:-

i. IKM Kuching

ii. Pejabat MARA Negeri Sarawak

iii. MRSM Kuching

iv. MRSM Betong

v. MRSM Mukah

vi. GIATMARA Sarawak


Cabaran GIATMARA Sarawak

GIATMARA Sarawak bakal mempertarukan jaguh-jagh dari serata Sarawak untuk kejohanan kali ini.

Datanglah dan berikanlah sokongan untuk semua atlet-atlet kita!

















Tuesday, November 2, 2010

Lanjutan Tempoh Permohonan Jawatan Kosong di GIATMARA Sarawak



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk jawatan kosong di GIATMARA Sarawak dilanjutkan sehingga 5 November 2010. Permohonan boleh dimajukan terus ke Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak. Sila rujuk iklan terdahulu.

Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites