GIATMARA Lubok Antu
Teknologi Automotif | Fashionand Dressmaking | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
GIATMARA Miri
Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.
GIATMARA Samarahan
Teknologi Motosikal | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara | Pendawai Elektrik.
GIATMARA Santubong
Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan | Industrial Maintainance | Pendawai Elektrik.
GIATMARA Stampin
Masakan dan Pramusaji | Confectionery and Bakery | Fashion and Dressmaking | Teknologi Fotografi | Graphic Design and Advertising
Friday, December 23, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Keratan Akhbar Tempatan : GIATMARA Sri Aman
Sumber dari Utusan Sarawak
Thursday, November 17, 2011
PKM Bidang Automotif dan Kimpalan di GIATMARA Santubong
GM Santubong - Pertandingan Kemahiran Malaysia Bidang Teknologi Automotif dan Kimpalan telah diadakan di GIATMARA Santubong. Sejumlah 11 penyertaan diterima dari semua GIATMARA yang menawarkan kursus Teknologi Automotif serta 5 penyertaan dari GIATMARA yang menawarkan kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
Ketua Hakim, En. Menis dalam penghakiman Bidang Kimpalan
Pertandingan Automotif sedang berjalan
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Ybhg En. Rakawi Bin Nawi, Pengurus Besar GIATMARA Sarawak. Setinggi ucapan terima kasih dikalungkan kepada semua Tenaga Pengajar
dan peserta yg telah bertungkus lumus dan menunjukkan komitmen yg baik sekali dalam menjayakan pertandingan kali ini. Setinggi penghargaan juga dizahirkan buat En. Menis selaku Ketua Hakim pertandingan kali ini.
Pose istimewa dari GM Santubong
Keputusan adalah seperti berikut:
KURSUS TEKNOLOGI AUTOMOTIF
1) Johan - GM Miri
2) N Johan - GM Santubong
3) Ketiga - GM Btg Sadong
KURSUS KIMPALAN
1) Johan - GM Santubong
2) N Johan - GM Miri
3) Ketiga - GM Santubong
CREDIT : Berita dan Imej Sumbangan GIATMARA Santubong
Friday, October 14, 2011
Lawatan Kerja Kak Yam ke GM Sri Aman & GM Lubok Antu
Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Kak Yam, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia pada 5 hingga 6 Ogos yang lepas. Turut mengiringi beliau dalam lawatan kali ini ialah:
• Tuan Rakawi bin Nawi (Pengurus Besar GIATMARA Negeri Sarawak)
• En. Aman Redza bin Radzi(Pengurus Projek & Senggaraan GIATMARA Malaysia)
• Puan Hasliza binti Ismail (Pengurus Projek & Senggaraan GIATMARA Malaysia)
• Puan Rosmahwaty binti Adenan (Pengurus Projek GIATMARA Negeri Sarawak)
Dalam rangka lawatan tersebut, rombongan terlebih dahulu melawat ke GIATMARA Kota Samarahan sebelum ke GIATMARA Sri Aman.
Daripada pengamatan, banyak input yang memerlukan penyelesaian segera diperolehi daripada lawatan ini. Secara keseluruhannya, menunjukkan tanda-tanda positif dalam pembangunan dan perkembangan GIATMARA.
GIATMARA Sri Aman di Bandar Baru Sri Aman
Lokasi GM Sri Aman di tengah Bandar Sri Aman
Terletak di tengah-tengah kesibukan Bandar Sri Aman yang semakin pesat membangun, GIATMARA Sri Aman kini menggalas cabaran yang lebih hebat dimana ianya kini dibaratkan terletak di dalam balang kaca, telus untuk diperhatikan masyarakat sekeliling.
Cabaran yang ada kini haruslah digalas oleh seluruh warga kerja dalam memastikan GIATMARA Sri Aman menjadi satu ikon penting dalam latihan kemahiran di Sri Aman.
Premis baru yang terdiri dari 3 aras yang merangkumi semua kursus dan bahagian pentadbiran seperti berikut:
- · Aras Bawah – Bengkel Teknologi Sistem Komputer
- · Aras Satu - Bengkel Solekan dan Terapi Kecantikan
- · Aras Dua - Bahagian Pentadbiran
Pandangan Dari Hadapan Premis
Premis di Jalan Astana yang kini dijadikan hub-usahawan menjemput usahawan dari kalangan bekas pelatih GIATMARA yang bermastautin di Sri Aman.
Premis Jalan Astana kini Pusat Inkubator GIATMARA Sri Aman
Menjadi satu harapan dan impian yang besar bagi seluruh warga kerja GM Sri Aman agar perpindahan ke premis baru mampu memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan lebih bersistem.
Program 1 AZAM di Sibu
Sunday, October 9, 2011
Tuesday, October 4, 2011
Sekitar Lawatan PBN ke Bahagian Betong
Friday, September 30, 2011
Monday, May 23, 2011
Pertandingan International Exhibition Technology Expo ITEX 2011
Pada 20-22 Mei yang lepas telah berlangsung Pertandingan International Exhibition Technology Expo ITEX 2011, dimana GIATMARA telah menghantar 4 projek untuk menyertai pertandingan ini.
GIATMARA telah memperolehi 2 pingat EMAS dan 2 pingat PERAK. Syabas pada mereka yang telah berjaya.
Senarai Peserta :
PROJEK INOVASI | PENCIPTA | GIATMARA | PINGAT |
COOLANT CLEAR | Mior ismail bin Mior Zainuddin | Sungai Siput | EMAS |
ISS-ONE TOOL SPECIAL PISTON RING CLAMP | Iswanto Suhardi bin Mohatar | Batang Sadong | EMAS |
PENGGETAR DARAH | Rosli bin Sarip | Sandakan | PERAK |
DIGITAL INTERLOCKING kWh | Khairuladzhar bin Mohd Raji | Jelebu | PERAK |