GIATMARA Bandar Kuching

Teknologi Sistem Komputer | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Baram

Teknologi Automotif | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Batang Lupar

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Batang Sadong

Teknologi Automotif | Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Bintulu

Teknologi Automotif | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

GIATMARA Betong

Pendawai Elektrik | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Hulu Rejang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Igan

Pendawai Elektrik.

GIATMARA Julau

Teknologi Motosikal.

GIATMARA Kanowit

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Kapit

Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lanang

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lawas

Teknologi Automotif | Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Limbang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Lubok Antu

Teknologi Automotif | Fashionand Dressmaking | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Mambong

Teknologi Automotif | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mas Gading

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Miri

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mukah

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam

GIATMARA Petrajaya

Solekan dan Terapi Kecantikan | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Samarahan

Teknologi Motosikal | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Santubong

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan | Industrial Maintainance | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Saratok

Teknologi Automotif | Industrial Maintainance | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sarikei

Teknologi Automotif | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Selangau

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Serian

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sibu

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking

GIATMARA Sibuti

Teknologi Motosikal | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Sri Aman

Teknologi Sistem Komputer | Solekan dan Terapi Kecantikan.

GIATMARA Stampin

Masakan dan Pramusaji | Confectionery and Bakery | Fashion and Dressmaking | Teknologi Fotografi | Graphic Design and Advertising

GIATMARA Tanjung Manis

Fashion and Dressmaking | Teknologi Motosikal.

Tuesday, March 19, 2013

1 Million Purple Walk GIATMARA Sibu

Program 1 Million Purple Walk adalah acara mega seluruh Malaysia sempena hari Wanita Sedunia. GIATMARA Sibu telah menyertai program peringkat Bahagian Sibu.

Program tersebut telah diadakan dengan jayanya di Dataran Sibu pada 17 Mac 2013 (Ahad). Sebagai tanda sokongan terhadap program 1 Million Purple Walk ini, GIATMARA Sibu telah menghantar seramai 59 orang peserta (pelatih serta anggota kerja). Program ini telah dirasmikan oleh ahli parlimen P211 Lanang, Datuk Tiong Thai King.

Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakam dari lensa kamera. Credit to TOMS Sibu.










Wednesday, March 13, 2013

Kalendar 2013

















Majlis Serah Tugas Pegawai Pembangunan Usahawan GIATMARA Sarawak


Kuching - Satu majlis ringkas penyerahan tugas Pegawai Pembangunan Usahawan GIATMARA Sarawak telah diadakan di Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak.

Penyerahan dilakukan dari En. Majid bin Karudin (Mantan PPU) kepada En. Mohamad Nazib bin Pabeli (PPU Sarawak). En. Majid bin Karudin akan kembali ke GIATMARA Sibu sebagai Tenaga Pengajar Pendawai Elektrik manakala tempat En. Mohamad Nazib bin Pabeli sebagai Pengurus di GIATMARA Tanjung Manis akan diambil sementara oleh Pengurus GIATMARA Sarikei, En. Mohamad Azim Eduard bin Abdullah.

Majlis ini disaksikan oleh Pengurus Negeri Sarawak, En. Rakawi bin Nawi dan seluruh staf pengurusan GMN Sarawak.



Tuesday, March 12, 2013

Majlis Penyerahan Alat Mobile 1AZAM :: Fasa III




SANTUBONG - Pada 10 Mac yang lepas, satu majlis penyerahan alat mobile 1AZAM (Azam Khidmat) telah berjaya disempurnakan di GIATMARA Santubong. Ini adalah serahan untuk Fasa ke-3 iaitu Kursus Fabrikasi Logam.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disaksikan bersama Yang Berbahagia Puan Hajjah Meriyam Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia.

Berikut merupakan antara detik-detik penyerahan yang telah berjaya dirakamkan oleh lensa kamera En. Majid Karudin.










News Credit to Mr. Majid Karudin

Kursus Pemantapan dan Pengurusan Kewangan Pembantu Eksekutif (Urustadbir) GIATMARA Negeri Sarawak Siri 1/2013


Kursus Pemantapan dan Pengurusan Kewangan Pembantu Eksekutif (Urustadbir) GIATMARA Negeri Sarawak Siri 1/2013 telah melakar dimensi baru dimana ianya diadakan di negeri jiran, Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Seramai  32 orang Pembantu Eksekutif Urustadbir (PEU) serta PEU Kanan disertai oleh En. Rakawi bin Nawi (PBN Sarawak) dan 5 orang Pengurus Zon Sarawak yang terdiri dari En. Harriee Harezal Razali (Selatan), En. Abadi Hussein (Tengah I), En. Irwan Abdullah (Tengah II), En. Sait Junaidi (SCORE) dan En. Saidi Idris (Utara).

Kursus yang berlangsung dari 3 hingga 6 Februari 2013 di Sabah Oriental Hotel tersebut bermatlamatkan pemantapan kerja PEU dan dalam masa yang sama menyentuh perkongsian dalam segala hal-hal pentadbiran dan kewangan.

Turut sama dalam kursus kali ini, Tuan Jamal Nasir Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurusan dan En. Jamaludin Ahli, Ketua Jabatan Audit.

Berikut merupakan antara imej yang sempat dirakamkan sepanjang kursus tersebut.
















Imej kredit kepada Cik Sufinaazlin Narudin, PEU GM Kanowit.

Monday, March 11, 2013

Pelatih GIATMARA Sri Aman, Naib Johan Kejohanan Le Tour de Saribas kategori MTB Sprint


Johari bin Norseman, mengharumkan nama GIATMARA dalam cabaran Le Tour de Saribas pada 10 Mac yang lepas. Dalam kejohanan tersebut, pelatih Teknologi Sistem Komputer telah mendaftarkan diri sebagai peserta dalam kategori MTB Sprint.

Beliau merupakan pelatih sesi Jan-Jun 2013 dan merupakan pelatih transit. Namun demikian, kegigihan beliau berlatih setiap petang selepas selasai latihan di GIATMARA seharusnya menjadi inspirasi kepada semua pelatih.

Beliau merupakan salah seorang ahli kelab Sri Aman Cycling Craze (SACC), tidak lupa membawa bersama nama GIATMARA pada kejohanan tersebut. Beliau mewarisi minat berbasikal dari bapanya En. Norseman yang bertugas di Lembaga Lada Malaysia. Minat sejak dari sekolah diteruskan walaupun sedang mengikuti latihan di GIATMARA Sri Aman. Tahniah diucapkan.





Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites