Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013



Selamat Datang 2013. Tahun yang menjanjikan berjuta lagi cabaran kepada kita semua. Dengan kehadiran 2013, Laman Blog GMN Sarawak diperkuatkan lagi dengan satu projek beta iaitu Laman Blog berasaskan Zon yang mana akan menjadi sumber utama kepada segala aktiviti di seluruh Negeri Sarawak.

Melalui perlaksanaan ini, Team Online Media Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan segala bentuk sebaran maklumat sampai kepada seluruh masyarakat. Perlaksanaan projek ini bakal berjalan dalam tempoh terdekat.

Namun apapun, Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua! Semoga kita dikurniakan semangat dan motivasi kerja yang tinggi. InsyaAllah semuanya pasti dibalas oleh Allah s.w.t.

Selamat Berkhidmat dan Selamat Beramal!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites