Monday, March 11, 2013

Pelatih GIATMARA Sri Aman, Naib Johan Kejohanan Le Tour de Saribas kategori MTB Sprint


Johari bin Norseman, mengharumkan nama GIATMARA dalam cabaran Le Tour de Saribas pada 10 Mac yang lepas. Dalam kejohanan tersebut, pelatih Teknologi Sistem Komputer telah mendaftarkan diri sebagai peserta dalam kategori MTB Sprint.

Beliau merupakan pelatih sesi Jan-Jun 2013 dan merupakan pelatih transit. Namun demikian, kegigihan beliau berlatih setiap petang selepas selasai latihan di GIATMARA seharusnya menjadi inspirasi kepada semua pelatih.

Beliau merupakan salah seorang ahli kelab Sri Aman Cycling Craze (SACC), tidak lupa membawa bersama nama GIATMARA pada kejohanan tersebut. Beliau mewarisi minat berbasikal dari bapanya En. Norseman yang bertugas di Lembaga Lada Malaysia. Minat sejak dari sekolah diteruskan walaupun sedang mengikuti latihan di GIATMARA Sri Aman. Tahniah diucapkan.





Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites