GIATMARA Bandar Kuching

Teknologi Sistem Komputer | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Baram

Teknologi Automotif | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Batang Lupar

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Batang Sadong

Teknologi Automotif | Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Bintulu

Teknologi Automotif | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

GIATMARA Betong

Pendawai Elektrik | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Hulu Rejang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Igan

Pendawai Elektrik.

GIATMARA Julau

Teknologi Motosikal.

GIATMARA Kanowit

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Kapit

Teknologi Motosikal | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lanang

Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Lawas

Teknologi Automotif | Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Limbang

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Lubok Antu

Teknologi Automotif | Fashionand Dressmaking | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

GIATMARA Mambong

Teknologi Automotif | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mas Gading

Fashion and Dressmaking | Industrial Maintainance.

GIATMARA Miri

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Mukah

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam

GIATMARA Petrajaya

Solekan dan Terapi Kecantikan | Senireka Gaya Rambut.

GIATMARA Samarahan

Teknologi Motosikal | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Santubong

Teknologi Automotif | Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan | Industrial Maintainance | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Saratok

Teknologi Automotif | Industrial Maintainance | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sarikei

Teknologi Automotif | Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

GIATMARA Selangau

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Serian

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking.

GIATMARA Sibu

Pendawai Elektrik | Fashion and Dressmaking

GIATMARA Sibuti

Teknologi Motosikal | Pendawai Elektrik.

GIATMARA Sri Aman

Teknologi Sistem Komputer | Solekan dan Terapi Kecantikan.

GIATMARA Stampin

Masakan dan Pramusaji | Confectionery and Bakery | Fashion and Dressmaking | Teknologi Fotografi | Graphic Design and Advertising

GIATMARA Tanjung Manis

Fashion and Dressmaking | Teknologi Motosikal.

Sunday, March 10, 2013

Majlis Perasmian Kampungku Mahir Data Kakus



Majlis Perasmian Program Kampungku Mahir di Data Kakus, Sarawak telah dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut sama di dalam majlis tersebut adalah Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak.

Seramai hampir 70 orang warga GIATMARA terdiri dari anggota kerja dan pelatih telah berkampung selama 7 hari 6 malam di Data Kakus, 5 jam perjalanan menempuhi jalan balak dari Bandar Bintulu. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Puan Hajjah Meriyam Abd. Majid turut sempat merasai pengalaman berharga di Data Kakus.


Berikut merupakan koleksi pilihan sepanjang majlis tersebut:

























































































































Perjalanan Program Kampungku Mahir di Data Kakus, Tatau, Sarawak.

 





 Perjalanan dari Bandar Bintulu mengambil masa kira-kira 3 hingga 5 jam, bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan. Jalan balak yang mencabar dengan peraturan tersendiri, tanah lecak dan permukaan yang tidak sempurna menjadikan ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan bagi yang baru mengalaminya.

Kak Yam bersama kaum ibu di Data Kakus



Bergambar di tempat terakhir ada jalur komunikasi

Kak Yam bersama salah satu jentera Hilux GIATMARA

Anak-anak tempatan di Data Kakus



Jalan ke Data Kakus adalah jalan yang sama menuju ke GIATMARA Hulu Rejang tetapi terpisah di pertengahan di persimpangan berbeza. Sebanyak 5 Hilux GIATMARA, 3 Kembara GIATMARA dan 4 Hilux sewaan khas KKLW digunakan sepanjang kembara ini.


Pemandangan di Data Kakus

Seramai 40 orang anggota kerja dibantu oleh 17 orang pelatih mula berkampung di Kampung Data Kakus sejak 28 Februari hingga 6 Mac 2013.


Friday, February 22, 2013

Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Sarawak 1/2013


Thursday, February 21, 2013

Khabar Dari Baram





GIATMARA Baram merupakan satu-satunya institusi kemahiran yang beroperasi di Marudi. Dua kursus ditawarkan buat masa ini iaitu kursus Teknologi Automotif dan Senireka Gaya Rambut. Untuk masyarakat sekitar Marudi yang ingin menyertai latihan kemahiran di GIATMARA Baram bolehlah terus memohon untuk mendaftar.
Kursus ini dijalankan selama 6 bulan. Sepanjang latihan, pelatih akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM1200. Di akhir sesi, pelatih berupaya menjadi seorang artis gaya rambut dan boleh memilih untuk berkerjaya atau menjadi usahawan,

Kursus ini dijalankan selama 12 bulan. Sepanjang latihan, pelatih akan menikmati elaun sara hidup sebanyak RM2400. Di akhir sesi, pelatih yang terampil akan menjadi seorang mekanik kenderaan atau memilih menjadi usahawan.


Gambaran GIATMARA Baram dari hadapan


Pandangan Sisi


Pandangan dari belakang premis.


Antara aktiviti pelatih di GIATMARA Baram :




Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul






Assalammualaikum W.B.T

Pengurusan Tertinggi
GIATMARA Malaysia
Pengurus Pengurus
Dan Anggota Kerja
GIATMARA Negeri Sarawak
Semua Pelatih Muslim

Tuan/Puan

Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang akan di sambut pada esok hari 12 Rabiul Awal 1434H bersamaan dengan 24 Januari 2013.

Semoga dengan kedatangan tarikh kelahiran ini dan sambutan yang dibuat diseluruh dunia khususnya dinegara kita ini akan meningkatkan KEIMANAN DAN KETAKWAAN kita kepada ALLAH S.W.T dan kasih kita kepada RASULULLAH S.A.W.

Pengurusan yakin bahawa hampir kesemua PGM dan anggota di Sarawak termasuk pelatih yang muslim turut mengambil bahagian didalam pelbagai sambutan dalam meraikan Mauludurasul ini termasuklah perarakan,pertandingan membaca Al Quran,marhaban,pertandingan sepanduk,majlis bacaan yasin,pertandingan nasyid dan pelbagai sambutan yang lain.

Dan saban tahun dibanyak tempat diseluruh negeri Sarawak samada peringkat Bahagian dan Daerah dalam penyertaan PGM-PGM kita memperolehi kemenangan dalam pelbagai pertandingan berkenaan seperti kategori perbarisan,sepanduk,musabaqah,nasyid dan lain lain.
Syabas dan tahniah diatas kejayaan berkenaan dan diatas kesungguhan tuan puan. .dan yang lebih penting adalah penyertaan yang dibuat dan penghayatan serta nawaitu mengasihi Rasulullah S.A.W.dalam sambutan ini.
Oleh itu Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak ingin merakamkan penghargaan di atas semua penyertaan tuan puan disemua peringkat penganjuran termasuk Bahagian,Daerah,mukim dan kampung termasuk anggota yang menjadi hakim hakim dalam pelbagai pertandingan dan menjadi Ahli Jawatankuasa Sambutan.

Dengan kedatangan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W esok sama sama lah kita menambah dan membanyakkan SELAWAT ke atas Baginda Muhammad S.A.W.
Allahuma solli ala saidina Muhammad....dan seterusnya.

Salam Mauludurrasul.


Ikhlas dari

En. Rakawi bin Nawi
Pengurus Besar

GIATMARA Negeri Sarawak

Sunday, January 20, 2013

Blogsite GM Lubok Antu dilancarkan!



Pada 15 Januari 2013 yang lepas, GIATMARA Lubok Antu telah melancarkan blogsite rasmi mereka dalam usaha transformasi 2013. Laman blog ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus GM Lubok Antu dan bakal dipenuhi dengan info dan paparan dari Lubok Antu.




Laman blog tersebut bolehlah dilayari di http://gmlubokantu.blogspot.com

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013



Selamat Datang 2013. Tahun yang menjanjikan berjuta lagi cabaran kepada kita semua. Dengan kehadiran 2013, Laman Blog GMN Sarawak diperkuatkan lagi dengan satu projek beta iaitu Laman Blog berasaskan Zon yang mana akan menjadi sumber utama kepada segala aktiviti di seluruh Negeri Sarawak.

Melalui perlaksanaan ini, Team Online Media Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan segala bentuk sebaran maklumat sampai kepada seluruh masyarakat. Perlaksanaan projek ini bakal berjalan dalam tempoh terdekat.

Namun apapun, Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua! Semoga kita dikurniakan semangat dan motivasi kerja yang tinggi. InsyaAllah semuanya pasti dibalas oleh Allah s.w.t.

Selamat Berkhidmat dan Selamat Beramal!

Thursday, June 14, 2012

Iklan Jawatan Kosong

Jawatan Kosong di GIATMARA Sarawak | Jun 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG

Peluang Kerjaya bersama GIATMARA dalam bidang berikut:-

TENAGA PENGAJAR

1. Teknologi Fotografi

2. Senireka Grafik dan Pengiklanan

3. Bakery and Confectionary

4. Senireka Gaya Rambut

5. Teknologi Motosikal

6. Holistic and Wellness Spa

7. Solekan dan Terapi Kecantikan

8. Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam

9. Baikpulih & Mengecat Kenderaan

10. Teknologi Automotif

11. Penyejukbekuan dan Penyaman Udara

12. Teknologi Sistem Komputer

13. Fashion Design and Dressmaking

Terma dan Syarat:-

1. Lulus SPM – Kredit dalam Bahasa Malaysia.

2. SKM minima Tahap 2 dalam bidang berkaitan.

3. Sihat tubuh badan dan tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

4. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar akan diberi keutamaan.


PEMBANTU EKSEKUTIF URUSTADBIR / LOGISTIK

Terma dan Syarat:-

1. Lulus SPM – Kredit dalam Bahasa Malaysia

2. Mahir mengunakan komputer

3. Sihat tubunh badan dan tidak menghidap sebarang penyakit kronik

4. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.

Permohonan secara bertulis dengan diiring resume dan salinan sijil berkaitan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak

No. 15C Tingkat 2,

Kompleks MARA Satok Parade,

Jalan Satok,

93400 Kuching, Sarawak.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 JUN 2012


“KEUSAHAWANAN DAN PENDIDIKAN GLOBAL”

“KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN”

Tuesday, May 22, 2012

Pengurus & Eksekutif Negeri Sarawak

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites