Pages

Monday, March 5, 2012

Latihan 1 Malaysia GIATMARA Santubong

LATIHAN 1MALAYSIA
GIATMARA SANTUBONG
KUCHING, SARAWAK

KURSUS : PENDAWAI ELEKTRIK
MODUL: MEMBUAT PENDAWAIAN KONDUIT PVC
TEMPAT: BENGKEL PENDAWAI ELEKTRIK GM SANTUBONG
TARIKH: 28-29 JANUARI 2012 & 04-05 FEBUARI 2012

Program tersebut merupakan sesi yang kedua yang telah diadakan pada 28,29 Januari dan 04,05 Febuari 2012.

Seramai 16 orang peserta yang terlibat, dimana peserta yang terlibat merupakan terdiri daripada Komuniti Setempat dan pekerja kilang.

Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA seluruh Malaysia dengan objektif berikut:
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat, membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,
  • mengurangkan masalah sosial belia Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran,
  • dan memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus latihan 1Malaysia, latihan adalah percuma.

Kelas diadakan pada hujung minggu, kelayakan( Menulis,Membaca dan Minat )

Borang -borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui:

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my
2. Datang sendiri ke GIATMARA Santubong