Assalammualaikum W.B.T
Pengurusan Tertinggi
GIATMARA Malaysia
Pengurus Pengurus
Dan Anggota Kerja
GIATMARA Negeri Sarawak
Semua Pelatih Muslim
Tuan/Puan
Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak merakamkan ucapan selamat
menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W
yang akan di sambut pada esok hari 12 Rabiul Awal 1434H bersamaan dengan
24 Januari 2013.
Semoga dengan kedatangan tarikh kelahiran ini dan sambutan yang
dibuat diseluruh dunia khususnya dinegara kita ini akan meningkatkan
KEIMANAN DAN KETAKWAAN kita kepada ALLAH S.W.T dan kasih kita kepada
RASULULLAH S.A.W.
Pengurusan yakin bahawa hampir kesemua PGM dan anggota di Sarawak
termasuk pelatih yang muslim turut mengambil bahagian didalam pelbagai
sambutan dalam meraikan Mauludurasul ini termasuklah
perarakan,pertandingan membaca Al Quran,marhaban,pertandingan
sepanduk,majlis bacaan yasin,pertandingan nasyid dan pelbagai sambutan
yang lain.
Dan saban tahun dibanyak tempat diseluruh negeri Sarawak samada
peringkat Bahagian dan Daerah dalam penyertaan PGM-PGM kita memperolehi
kemenangan dalam pelbagai pertandingan berkenaan seperti kategori
perbarisan,sepanduk,musabaqah,
Syabas dan tahniah diatas kejayaan berkenaan dan diatas kesungguhan
tuan puan. .dan yang lebih penting adalah penyertaan yang dibuat dan
penghayatan serta nawaitu mengasihi Rasulullah S.A.W.dalam sambutan ini.
Oleh itu Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak ingin merakamkan
penghargaan di atas semua penyertaan tuan puan disemua peringkat
penganjuran termasuk Bahagian,Daerah,mukim dan kampung termasuk anggota
yang menjadi hakim hakim dalam pelbagai pertandingan dan menjadi Ahli
Jawatankuasa Sambutan.
Dengan kedatangan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W esok
sama sama lah kita menambah dan membanyakkan SELAWAT ke atas Baginda
Muhammad S.A.W.
Allahuma solli ala saidina Muhammad....dan seterusnya.
Salam Mauludurrasul.
Ikhlas dari
En. Rakawi bin Nawi
Pengurus Besar
Kami kini kembali!
-
Kami kini kembali untuk membawakan informasi terkini di GIATMARA Negeri
Sarawak.
9 years ago